Bahagian 1: Mendaftar dan Mengaktifkan Akaun
Langkah 1: Pergi ke https://tokenizemalaysia.com/ dan klik butang 'Get started'.
Langkah 2: Isikan butiran anda. Setelah selesai, klik 'Daftar'.
Langkah 3: Semak peti masuk e-mel anda. Klik pada butang 'Activate My Account' untuk mengesahkan alamat e-mel anda.
Nota
Tidak menerima sebarang e-mel? Semak folder Spam e-mel anda.
Bahagian 2: Pengesahan Identiti
Setelah anda berjaya mendaftar dan mengesahkan alamat e-mel anda, ikut langkah di bawah untuk mengesahkan identiti anda. Klik 'Back to Login' untuk log masuk ke akaun anda dan dibawa ke halaman pengesahan.
Langkah 1: Bukti Identiti
- ID Foto: Pilih kewarganegaraan anda dan tangkap gambar kad pengenalan diri anda (untuk warga Malaysia) atau pasport (untuk warganegara lain).
Nota
✅ Semua dokumen yang dimuat naik untuk Pengesahan Identiti anda mestilah berwarna dan beresolusi tinggi. Hal ini adalah untuk memastikan butiran dokumen peribadi anda jelas untuk proses penilaian.
❌ Kami TIDAK menerima sebarang bentuk kad pengenalan yang lain seperti Permit Kerja, Pas Pekerjaan, lesen memandu, kad konsesi pengangkutan dan kad pelajar pengajian tinggi.
- Selfie
Foto mestilah jelas dan diambil dalam persekitaran yang terang. Selain itu, pengguna mestilah berpakaian sesuai.
Langkah 2: Maklumat Asas
Masukkan maklumat peribadi anda. Pastikan nama dan alamat anda adalah sama seperti dokumen peribadi anda.
Setelah selesai, klik 'Submit' dan kemudian, 'Next' untuk meneruskan langkah seterusnya.
Langkah 3: Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing (Foreign Exchange Administration rules).
Lengkapkan soal selidik yang disediakan.
Langkah 4: Bukti Alamat Tempat Tinggal
Klik 'Choose file' untuk memilih dokumen Bukti Alamat Tempat Tinggal anda. Setelah dokumen anda telah dimuat naik, klik pada butang 'Begin Verification', dan kemudian tekan 'Next'.
Langkah 5: Persetujuan Laporan Kredit
Baca Borang Persetujuan. Jika anda bersetuju, tandakan kotak yang disediakan dan klik 'Next'.
Borang Persetujuan
Langkah 6: Pengesahan Nombor Telefon
- Pilih kod panggilan negara anda.
- Masukkan nombor telefon bimbit anda.
- Klik 'Send code' untuk menerima kata laluan sekali (OTP) anda melalui SMS.
- Setelah menerima SMS, sila masukkan kod OTP dan klik 'Next'.
Setelah nombor telefon anda disahkan, ini bermakna anda telah menyelesaikan proses Pengesahan Identiti. Akaun anda akan disemak dalam masa 3 hari bekerja.
Anda akan menerima pemberitahuan e-mel selepas akaun Tokenize anda telah berjaya disahkan atau jika penyerahan semula dokumen diperlukan.