Berikut ialah panduan langkah demi langkah tentang cara menjual Aset Digital anda di Tokenize Xchange.
Kandungan:
- Memilih pasaran untuk dijual
- Memilih aset digital untuk dijual
- Menjual
- Pesanan Had Jualan (Limit Sell)
- Pesanan Pasaran Jualan (Market Sell)
- Pesanan Henti Rugi Jualan (Stop-loss Sell)
- Mengesahkan Pesanan
- Buku Pesanan
- Lihat pesanan anda
- Batal Pesanan Jualan
Langkah 1: Buka halaman 'Markets'. Anda akan melihat halaman ini memaparkan pasaran BTC-MYR.
Langkah 2: Pilih aset digital yang anda ingin jual. Sebagai contoh, jika anda ingin berdagang ETH, klik pada ETH/MYR.
Langkah 3: Kita akan menggunakan BTC sebagai contoh. Klik pada BTC/MYR dan skrol ke bawah untuk menjual BTC anda.
3.1. Pesanan Had Jualan (Limit Sell):
Pilih tab 'Limit' jika anda ingin menjual aset digital pada nilai pasaran di bawah/sama/di atas. Pesanan anda akan diisi pada atau lebih baik daripada harga yang anda tentukan. Sebarang kuantiti yang tidak diisi terletak pada buku pesanan berterusan sehingga ia diisi atau dibatalkan.
- Ikon dompet (Baki anda) : baki BTC tersedia dalam akaun anda.
- Price (MYR): Pilih sama ada untuk menjual 1 BTC pada harga Permintaan terendah, pada harga pasaran Terakhir atau pada harga Bida tertinggi, atau masukkan harga yang anda inginkan (di bawah pasaran/di pasaran/di atas pasaran).
- Amount (BTC): Masukkan jumlah BTC untuk dijual.
- Anda juga boleh memilih peratusan baki BTC anda yang tersedia untuk menjual aset anda. (contoh: Memilih '100%' bermakna anda menjual semua BTC anda yang tersedia) - Total (MYR): Jumlah dalam MYR untuk pesanan permintaan anda.
- Time In Force:
- Good Til Cancelled (GTC): Pesanan anda akan kekal dalam buku pesanan sehingga ia telah diisi sepenuhnya atau sehingga anda membatalkannya secara manual.
Setelah semua butiran lengkap, klik 'Sell BTC'.
3.2. Jualan Pasaran (Market Sell):
Pilih tab 'Market' jika keutamaan anda ialah amaun berbanding harga. Pesanan anda akan diisi serta-merta pada harga pasaran terbaik pada masa pesanan anda.
- Ikon dompet (Baki anda) : baki BTC tersedia yang tinggal dalam akaun anda.
- Price (MYR) : mengikut harga pasaran terbaik.
- Amount (BTC): Masukkan jumlah BTC untuk dijual.
Setelah Amaun BTC dimasukkan, klik 'Sell BTC'.
3.3 Henti Rugi (Stop Loss):
Pilih tab 'Stop Loss' jika anda ingin menetapkan harga henti rugi.
- Ikon dompet (Baki anda) : Baki BTC tersedia yang tinggal dalam akaun anda.
- Stop Price (MYR): Masukkan harga yang anda inginkan.
- Amount (BTC): Masukkan jumlah BTC untuk dijual.
Setelah semua butiran lengkap, klik 'Sell BTC'.
Langkah 4: Sahkan pesanan anda.
Anda akan melihat tetingkap pengesahan. Semak semua butiran. Klik 'Confirm' untuk meneruskan atau 'Cancel' untuk membatalkan transaksi.
Pesanan Had Jualan (Limit Sell):
Pesanan Pasaran Jualan (Market Sell):
Pesanan Henti Rugi (Stop Loss):
Selepas mengesahkan pesanan, anda akan melihat banner hijau yang menunjukkan bahawa pesanan anda telah berjaya dibuat.
E-mel juga akan dihantar kepada anda memberitahu tentang pesanan yang dilakukan. Jika anda menerima notifikasi namun bukan orang yang melakukan pesanan, sila hubungi kami di support@tokenizemalaysia.zendesk.com
Langkah 5: Jika anda membuat Pesanan Had Jualan (Limit Ask Order), anda akan dapat melihat pesanan anda bertanda bintang dalam Buku Pesanan di sebelah kiri halaman. Lihat contoh di bawah:
Langkah 6: Untuk melihat pesanan anda, pilih 'Orders' pada papan pemuka dan pilih 'Spot Pending Orders' untuk melihat pesanan belum selesai dan 'Spot Completed Orders' untuk pesanan yang telah selesai.
Langkah 7: Anda boleh membatalkan pesanan Had Jualan anda yang belum selesai dengan mengklik butang 'Cancel' di sebelah pesanan anda.