Berikut ialah panduan langkah demi langkah tentang cara membeli Aset Digital anda di Tokenize Xchange.
Kandungan:
- Memilih pasaran untuk dibeli
- Memilih aset digital untuk dibeli
- Membeli
- Pesanan Belian Had (Limit Buy)
- Pesanan Belian Pasaran (Market Buy)
- Mengesahkan Pesanan
- Buku Pesanan
- Lihat pesanan anda
- Batal Pesanan Belian
Langkah 1: Buka halaman 'Markets'. Anda akan melihat halaman yang memaparkan pasaran BTC-MYR.
Langkah 2: Pilih aset digital yang ingin anda beli.. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli ETH, klik pada ETH/MYR.
Langkah 3: Kita akan menggunakan BTC sebagai contoh. Klik pada BTC/MYR dan skrol ke bawah untuk membeli BTC.
3.1. Pesanan Belian Had (Limit Buy):
Pilih tab 'Limit' jika anda ingin membeli aset digital pada nilai pasaran di bawah/sama/di atas nilai pasaran. Pesanan anda akan diisi pada atau lebih baik daripada harga yang anda tentukan. Sebarang kuantiti yang tidak diisi terletak pada Buku Pesanan sehingga ia diisi atau dibatalkan.
- Ikon dompet (Baki anda): Baki yang tersedia dalam akaun anda.
- Price (MYR): Pilih sama ada untuk beli 1 BTC pada Harga Permintaan Terendah, pada Harga Pasaran Terakhir, atau pada Harga Bidaan tertinggi atau masukkan harga yang anda inginkan.
- Amount (BTC): Masukkan jumlah BTC untuk dibeli.
- Anda juga boleh memilih peratusan baki MYR anda yang tersedia untuk membeli aset anda. (contoh: Memilih 100% bermaksud anda menggunakan semua baki MYR anda yang tersedia untuk membeli BTC anda termasuk yuran) - Total (MYR): Jumlah dalam MYR untuk pesanan bida anda. Anda juga boleh melangkau amaun BTC dan hanya memasukkan nilai MYR aset digital yang anda ingin beli. (contoh: masukkan 200 MYR dan amaun BTC akan dikira secara automatik)
- Time In Force:
- Good till Cancelled (GTC): Pesanan anda akan kekal di buku pesanan sehingga ia telah diisi sepenuhnya atau sehingga anda membatalkan secara manual.
Setelah semua butiran lengkap, klik 'Buy BTC'.
3.2. Pesanan Belian Pasaran (Market Buy):
Pilih tab ‘Market’ jika keutamaan anda adalah amaun berbanding harga. Pesanan anda akan diisi serta merta pada harga pasaran terbaik pada masa pesanan anda.
- Ikon wallet (Baki anda): baki MYR yang tersedia dalam akaun anda.
- Price (MYR): mengikut harga pasaran terbaik.
- Amount (BTC): Masukkan jumlah BTC untuk dibeli.
Setelah amaun BTC dimasukkan, klik 'Buy BTC'.
Langkah 4: Sahkan pesanan anda.
Anda akan melihat pop-up bagi pengesahan. Semak semua butiran. Klik 'Confirm' untuk meneruskan atau 'Cancel' untuk membatalkan transaksi.
Pesanan Belian Had (Limit Buy):
Pesanan Belian Pasaran (Market Buy):
Selepas mengesahkan pesanan, anda akan melihat banner hijau yang menujukkan bahawa pesanan anda telah berjaya dibuat.
Notifikasi e-mel juga akan dihantar tentang pesanan yang telah dibuat. Jika anda menerima notifikasi namun bukan anda yang melakukan pesanan tersebut, sila hubungi kami di support@tokenizemalaysia.zendesk.com
Langkah 5: Jika anda membuat Pesanan Tawaran Had (Limit Bid Order), anda akan dapat melihat pesanan ada bertanda bintang pada buku pesanan di sebelah kiri halaman. Lihat contoh di bawah:
Langkah 6: Untuk melihat pesanan anda, pilih 'Orders' pada papan pemuka dan pilih 'Spot Pending Orders' untuk melihat pesanan belum selesai dan 'Spot Completed Orders' untuk pesanan yang telah selesai.
Langkah 7: Anda boleh membatalkan pesanan Tawaran Had (Limit Bid) anda yang belum selesai dengan mengklik butang 'Cancel' di sebelah pesanan anda.