Pengaktifan Akaun
Langkah 1: Lawati tokenizemalaysia.com
Langkah 2: Klik butang 'Get Started'.
Langkah 3: Pilih 'Corporate' sebagai jenis akaun dan isikan butiran anda. Pengguna digalakkan menggunakan e-mel rasmi syarikat dan bukannya e-mel peribadi. Setelah selesai, klik 'Sign Up'.
Untuk proses pengesahan, anda akan diminta untuk memberikan maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan syarikat anda. Klik 'Confirm' untuk meneruskan pendaftaran akaun korporat.
Langkah 4: Anda akan menerima e-mel mengandungi pautan pengesahan. Jika anda tidak menerimanya dalam masa 5 minit, sila semak folder Spam anda. Klik butang 'Activate My Account' untuk mengesahkan alamat e-mel anda.
Dan anda telah selesai dengan pendaftaran akaun! Seterusnya, log masuk untuk melengkapkan maklumat syarikat dan mengesahkan perniagaan anda.
Pengesahan Perniagaan
Setelah anda berjaya mendaftar dan mengesahkan alamat e-mel anda, ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengesahkan perniagaan anda. Anda akan dibawa ke halaman Pengesahan Perniagaan selepas log masuk pertama anda.
Langkah 1: Masukkan maklumat syarikat anda.
Langkah 2: Muat naik dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah.
- Memorandum of Association & Articles of Association (semua halaman) di mana salinan diakui sah (certified true copy)
- Sijil Pemerbadanan Syarikat / SSM / Labuan FSA
- Daftar Pemegang Syer (Borang Daftar Pemegang Syer SSM)(Borang 24/Seksyen 78/Seksyen 51/Borang 13 Akta Labuan) di mana salinan diakui sah (certified true copy)
- Daftar Pengarah (Borang 49/Borang Daftar Pengarah SSM/Seksyen 58/Borang 25 Akta Labuan) di mana salinan diakui sah (certified true copy)
- Dokumen pengenalan diri untuk semua Pengarah (untuk Pentadbir) - Kad Pengenalan Diri (warganegara Malaysia) atau Pasport dan permit kerja/visa (bukan warganegara Malaysia)
- Dokumen pengenalan diri untuk semua Pemegang Syer yang memiliki lebih daripada 25% (untuk Pentadbir) - Kad Pengenalan Diri (warganegara Malaysia) atau Pasport dan permit kerja/visa (bukan warganegara Malaysia)
- Bil Utiliti Terkini, Perjanjian Sewa (dengan tandatangan Peguam/Pesuruhjaya Sumpah) yang menunjukkan alamat operasi perniagaan anda (business Proof of Address)
- Penyata Bank syarikat menunjukkan semua transaksi dan sekurang-kurangnya 4 digit terakhir nombor akaun dengan alamat syarikat
- Jika syarikat anda terlibat dalam menyediakan e-dompet atau membuat pembayaran bagi pihak pelanggan, sila sertakan butiran lesen yang berkaitan dan polisi AML/CTF syarikat anda
- Laporan penyata kewangan telah diaudit terkini jika berkaitan, atau Akaun Pengurusan terkini (Unjuran kewangan jika perniagaan belum berdagang) dengan tandatangan Juruaudit & Pengarah Syarikat
- Resolusi Lembaga mengenai orang yang diberi kuasa mengendalikan perdagangan dan tujuan perdagangan di mana salinan diakui sah (certified true copy)
- Bukti Alamat pengarah dan pemegang syer
- Borang kebenaran laporan kredit (Credit Consent Form) pengarah dan pemegang syer (akan diminta secara manual melalui e-mel)
- Borang kebenaran laporan kredit (Credit Consent Form) untuk syarikat (akan diminta secara manual melalui e-mel)
Semua dokumen yang diserahkan untuk pengesahan anda perlu dimuat naik dalam warna penuh dan resolusi tinggi. Keperluan ini adalah untuk memastikan semua butiran jelas bagi tujuan penilaian akaun anda.
Langkah 3: Seterusnya, klik 'Shareholders Verification' dan lengkapkan maklumat pemegang syer syarikat anda.
- Masukkan nama pemegang syer syarikat anda.
- Muat naik salinan hadapan & belakang Kad Pengenalan Diri (untuk warganegara Malaysia) atau halaman maklumat pasport (untuk bukan warganegara Malaysia).
- Untuk Bukti Alamat, kami menerima salinan imbasan halaman penuh salah satu dokumen berikut: bil utiliti, penyata bank, bil kabel atau bil telefon bimbit.
- Bil mestilah bertarikh dalam tempoh 3 bulan terakhir.
- Nama dan alamat pemegang saham mestilah ditunjukkan dengan jelas.
Langkah 4: Klik 'Save' untuk melengkapkan pendaftaran akaun korporat anda.
Setelah semua langkah selesai, masa selama 3 hari bekerja diperlukan oleh pasukan kami untuk menyemak dan mengesahkan akaun korporat anda. Pengesahan yang berjaya atau permintaan dokumen yang tidak mencukupi akan dimaklumkan melalui e-mel.