Pengesahan dua faktor (2FA) adalah langkah keselamatan lapisan kedua yang bertujuan untuk mengesahkan identiti anda sebelum log masuk.
Langkah 1: Selepas log masuk ke akaun anda, pilih akaun anda pada papan pemuka dan kemudian, klik pada 'Security'.
Langkah 2: Seterusnya, pilih 'Two-factor Authentication'.
Langkah 3: Muat turun aplikasi Google Authenticator. Imbas kod QR yang tersedia atau cari dan muat turun aplikasi secara manual di Apple AppStore atau Google Play Store.
Langkah 4: Buka aplikasi Google Authenticator.
- Pilih 'Start'.
- Imbas kod QR yang disediakan pada aplikasi Tokenize anda (sebagai alternatif, anda juga boleh memasukkan Kunci Rahsia anda).
(contoh)
Sebaik sahaja ia berjaya, anda akan melihat akaun Tokenize anda disenaraikan dalam aplikasi.
Sila pastikan bahawa masa peranti anda adalah sama dengan Aplikasi Google Authenticator. Untuk melakukan ini, pergi ke > Tetapan aplikasi > Pembetulan masa untuk kod > Segerakkan sekarang.
Sila diingatkan untuk membuat simpanan (back up) kod QR dan Kunci Rahsia . Sekiranya anda kehilangan atau menukar peranti anda atau membuang aplikasi Google Authenticator, anda masih boleh menggunakan Kod QR/Kunci Rahsia untuk mendapatkan kod untuk mengakses akaun anda. Menetapkan semula 2FA anda memerlukan membuka tiket sokongan dan mungkin mengambil masa sehingga 7 hari.
Langkah 5: Masukkan kod yang dihantar ke e-mel anda dan dijana oleh aplikasi Google Authenticator. Setelah diisi, tekan 'Confirm'.
Setelah 2FA berjaya didayakan, anda akan dilog keluar dari akaun anda dan notifikasi hijau akan muncul.
Hanya log masuk sekali lagi dan masukkan kod 2FA baharu yang dijana oleh aplikasi Google Authenticator.