Pengeluaran aset digital adalah mengeluarkan atau memindahkan aset anda dari dompet Tokenize ke dompet kripto yang lain.
Makluman:
- Pengesahan Dua Faktor (2FA) perlu diaktifkan untuk melakukan pengeluaran aset digital.
- Yuran pemprosesan adalah 0.1% daripada jumlah aset digital.
- Pengeluaran aset digital disaring oleh sistem pemantauan untuk mematuhi peraturan pematuhan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan proses ini mungkin akan mengambil masa sehingga 24 jam.
- Proses pengeluaran juga bergantung pada masa pemprosesan blockchain.
Langkah 1: Klik 'Wallet ' pada papan pemuka.
Langkah 2: Pilih 'My Assets '.
Langkah 3: Pilih aset digital yang ingin anda keluarkan. Kemudian, klik 'Withdraw '.
Langkah 4: Masukkan butiran yang diperlukan. Setelah selesai, klik 'Withdraw '.
Alamat |
Destinasi deposit yang terdiri daripada gabungan huruf dan nombor. Ia berfungsi seperti nombor akaun bank. Contoh: 0xEr1aBCd23Efg4hI56jkLMnO0p |
Tag destinasi |
Terdiri daripada nombor sahaja ( untuk Ripple (XRP) sahaja) Contoh: 1122334455 atau 1234 |
Jumlah | Jumlah pengeluaran aset digital termasuk caj pengeluaran. |
VASP benefisiari | Nama Pembekal Perkhidmatan Aset Maya (VASP) penerima. Tokenize Malaysia ialah contoh VASP. Baca lebih lanjut di sini. |
Nama benefisiari | Nama penuh penerima (individu/syarikat/entiti sah) |
Pemindahan dalaman (internal transfer) | Tanda kotak ini jika anda membuat pengeluaran ke dompet Tokenize yang lain di mana anda boleh menikmati yuran pengeluaran sifar. |
Langkah 5: Masukkan kod 6 digit yang diambil daripada aplikasi Google Authenticator anda.
Contoh:
Langkah 6: Semak peti masuk e-mel anda untuk mengesahkan transaksi dan tekan butang 'Confirm Transaction '.
Setelah disahkan, anda akan menerima e-mel lain sebagai makluman pengesahan.
Langkah 7: Masukkan kod 6 digit lain yang dijana oleh aplikasi Google Authenticator sebagai pengesahan akhir transaksi pengeluaran anda.
Dan, itu sahaja!
Langkah 8: Untuk menyemak status dan sejarah transaksi pengeluaran anda, pergi ke 'Transaction History ' > pilih 'Coin ' > pilih 'Transaction Type ' > klik 'Apply '
Confirm: Pengeluaran anda berjaya.
Pending: Anda masih belum mengesahkan pengeluaran melalui e-mel pengesahan yang dihantar kepada anda.
In-transit: Pengeluaran anda telah disahkan dan sedang diproses. Pengguna harus sedar bahawa pengeluaran syiling bergantung pada masa pemprosesan Rantaian Aset Digital dan mungkin mengambil masa sehingga 24 jam.
Cancel: Pengeluaran anda telah dibatalkan.
Sila sahkan dan pastikan alamat penerima adalah betul. Kami TIDAK AKAN membayar balik pengeluaran yang salah. JANGAN keluarkan terus ke dalam crowdfund atau ICO.