Deposit aset digital adalah memindahkan aset daripada dompet kripto lain ke dalam dompet Tokenize anda. Untuk memasukkan aset digital ke dalam dompet Tokenize anda, alamat dompet diperlukan. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan alamat dompet aset digital anda.
Langkah 1: Log masuk ke akaun anda dan pilih 'Wallet' dari papan pemuka. Kemudian, klik 'Deposit'.
Langkah 2: Klik 'Deposit Crypto'.
Langkah 3: Pilih aset digital yang dideposit.
Halaman deposit akan muncul. Anda boleh menyalin alamat atau mengimbas Kod QR untuk memindahkan aset digital dari dompet luaran ke dompet Tokenize anda.
Alamat |
Destinasi deposit yang biasanya terdiri daripada gabungan huruf dan nombor. Ia berfungsi seperti nombor akaun bank. contoh: 392MsaAaTJzeAF4KrBuaPkBUGkyFX |
Tag destinasi |
Terdiri daripada nombor sahaja ( untuk Ripple (XRP) sahaja) contoh: 1122334455 atau 1234 |
Rangkaian |
|
Untuk pemindahan Ethereum (ETH) dan Uniswap (UNI) , kami hanya menyokong rangkaian ERC-20 . Sila elakkan daripada memilih BSC, BEP2, BEP20 atau rangkaian lain semasa memindahkan aset digital anda untuk mengelakkan jumlah kerugian amaun yang didepositkan. Tokenize tidak akan bertanggungjawab atas kerugian tersebut.
Langkah 4: Pergi ke dompet kripto anda di platform pertukaran lain dan buat pengeluaran aset digital daripada akaun tersebut ke akaun Tokenize anda.
Pastikan anda memasukkan alamat yang betul DAN mendepositkan jenis aset digital yang betul ke dalam alamat yang dipilih.
- Pemindahan ke alamat yang salah atau jenis aset digital yang berbeza akan mengakibatkan jumlah kerugian amaun yang dipindahkan. Tokenize tidak akan bertanggungjawab atas kerugian ini.
- Dalam kes tag destinasi yang salah (untuk XRP), Tokenize mungkin boleh membantu mendapatkan semula jumlah deposit, namun yuran minimum sebanyak RM200 akan dikenakan sebagai yuran pentadbiran.