Anda diingatkan untuk melakukan deposit hanya daripada akaun bank kepunyaan anda sendiri.
Langkah 1: Log masuk ke akaun anda dan pilih 'Wallet' dari papan pemuka. Kemudian, klik 'Deposit'.
Langkah 2: Pilih 'MYR Malaysian ringgit' sebagai mata wang dan pilih 'eGHL Pay' untuk kaedah pembayaran.
Langkah 3: Anda diingatkan untuk hanya mendeposit daripada akaun bank anda sendiri. Jika anda melakukan deposit daripada akaun bank kepunyaan pihak lain, Tokenize akan memulangkan wang tersebut dan RM50 akan ditolak sebagai yuran pentadbiran bagi pelaksanaan proses pemulangan tersebut. Tandakan kotak yang disediakan untuk bersetuju.
Langkah 4: Masukkan jumlah yang anda ingin deposit. Kemudian, klik 'Pay With eGHL'.
- Deposit yang dibuat melalui pindahan bank dan eGHL Pay berkongsi had deposit harian yang sama iaitu sebanyak RM100,000 dan akan dipaparkan di kaunter 'Remaining Deposit Limit'.
- Jumlah maksimum setiap transaksi ialah RM30,000. Jika anda ingin mendeposit amaun yang lebih banyak, sila lakukan dalam beberapa kelompok.
- Bank anda juga mungkin meletakkan had bagi setiap transaksi atau had harian yang anda mungkin perlu ambil maklum.
Langkah 5: Butiran pembayaran anda akan dipaparkan. Klik 'Proceed' untuk meneruskan deposit. Anda juga boleh memilih untuk membatalkan transaksi dengan mengklik 'Cancel'.
Langkah 6: Anda akan dibawa ke 'Secure Payment Page' untuk melengkapkan deposit. Pilih bank dengan mengklik pada logo bank. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya mempunyai 5 minit untuk menyelesaikan transaksi deposit anda.
Langkah 7: Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman perbankan dalam talian bank (online banking website) anda. Sila log masuk dan ikut arahan yang tertera pada skrin untuk melengkapkan transaksi anda.
Setelah selesai, anda akan dapat melihat dana tersebut dalam dompet fiat Tokenize anda.