Penggera harga ialah alat berguna yang memaklumkan anda apabila harga aset digital mencapai harga sasaran anda. Ia boleh ditetapkan sebagai amaran sekali sahaja atau berterusan.
Langkah 1: Buka aplikasi Tokenize.
Langkah 2: Log masuk ke akaun Tokenize anda.
Langkah 3: Pada halaman 'Market', ketik pada simbol loceng di bahagian atas, sudut kanan skrin.
Langkah 4: Ketik pada tanda + untuk menambah penggera baharu.
Langkah 5: Pilih jenis penggera, pasangan dagangan dan harga aset digital mengikut keutamaan anda. Pastikan bunyi dihidupkan. Setelah selesai, ketik 'Add' untuk menyimpan penggera anda.
Anda boleh mencipta banyak penggera pada satu-satu masa dan setiap satu boleh dihidup dan dimatikan mengikut pilihan anda. Untuk memadam penggera, tekan 'Remove' dan pilih penggera yang ingin dibuang.