Langkah 1: Pilih 'Account' di bahagian bawah skrin. Kemudian, pilih 'Two-Factor Authentication' di bawah kategori Security.
Langkah 2: Muat turun aplikasi 'Google Authenticator' daripada Google Play Store atau Apple AppStore.
- Pilih 'Get started'.
- Ketik 'Enter a setup key'. (sebagai alternatif, anda boleh mengimbas kod QR yang disediakan)
- Account: Tokenize Xchange
- Key: Salin dan tampal Secret Key (Kunci Rahsia) di 'Step 2' di aplikasi Tokenize anda (contoh di bawah)
- Pilih 'Time-based'.
- Setelah selesai, ketik 'Add'.
Penting
Sila pastikan masa peranti anda disegerakkan (synced) dengan aplikasi Google Authenticator. Untuk melakukan ini, pergi ke > Tetapan aplikasi > Pembetulan masa untuk kod > Segerakkan sekarang.
Sila pastikan masa peranti anda disegerakkan (synced) dengan aplikasi Google Authenticator. Untuk melakukan ini, pergi ke > Tetapan aplikasi > Pembetulan masa untuk kod > Segerakkan sekarang.
Petua
Sila diingatkan untuk membuat simpanan (back up) kod QR dan Kunci Rahsia. Sekiranya anda kehilangan atau menukar peranti anda atau membuang aplikasi Google Authenticator, anda masih boleh menggunakan Kod QR/Kunci Rahsia untuk mendapatkan kod untuk mengakses akaun anda. Menetapkan semula 2FA anda memerlukan membuka tiket sokongan dan mungkin mengambil masa sehingga 7 hari.

Langkah 3: Masukkan kod pengesahan 6 digit yang dijana oleh aplikasi Google Authenticator ke dalam 'Step 3' di aplikasi Tokenize.
Langkah 4: Ketik 'Send' untuk melengkapkan proses mendayakan 2FA.
Setelah berjaya didayakan, anda akan dilog keluar daripada akaun anda. Anda perlu log masuk sekali lagi dan masukkan kod 2FA baharu yang dijana oleh aplikasi Google Authenticator.