Bahagian 1: Mendaftar dan Mengaktifkan Akaun
Langkah 1: Muat turun aplikasi mudah alih Tokenize di Google Play Store atau Apple AppStore .
Langkah 2: Buka aplikasi Tokenize dan tetapkan negara kepada 'Malaysia'.
Langkah 3: Tekan 'Register Now'.
Langkah 4: Isikan butiran anda. Setelah selesai, tekan 'Create Account'.
Langkah 5: Anda akan menerima e-mel dalam peti masuk anda dengan pautan pengesahan. Jika anda tidak menerimanya dalam masa 5 minit, sila semak folder Spam anda. Tekan butang 'Activate Account' untuk mengesahkan alamat e-mel anda.
Bahagian 2: Pengesahan Identiti
Setelah anda berjaya mendaftar dan mengesahkan alamat e-mel anda, anda perlu mengesahkan identiti anda.
Langkah 1: Maklumat Peribadi
Log masuk ke akaun anda dan masukkan maklumat peribadi anda. Pastikan nama dan alamat anda sepadan dengan dokumen peribadi anda. Tekan 'Next' untuk ke langkah seterusnya.
Langkah 2: Bukti Identiti
Muat naik dokumen peribadi anda untuk mengesahkan identiti anda.
- ID Foto: Pilih kewarganegaraan anda dan tangkap gambar kad pengenalan diri anda (untuk warganegara Malaysia) atau pasport (untuk warganegara lain).
Nota
✅ Semua dokumen yang dimuat naik untuk Pengesahan Identiti anda mestilah berwarna dan beresolusi tinggi. Hal ini adalah untuk memastikan butiran dokumen peribadi anda jelas untuk proses penilaian.
❌ Kami TIDAK menerima sebarang bentuk kad pengenalan yang lain seperti Permit Kerja, Pas Pekerjaan, lesen memandu, kad konsesi pengangkutan dan kad pelajar pengajian tinggi.
- Selfie: Ambil selfie. Pastikan muka anda berada dalam bingkai yang dipaparkan.
Foto mestilah jelas dan diambil dalam persekitaran yang terang. Selain itu, pengguna mestilah berpakaian sesuai.
Langkah 3: Pentadbiran Pertukaran Asing (FEA)
Lengkapkan soal selidik.
Langkah 4: Bukti Alamat
Tekan 'Proof of Address' untuk memuat naik dokumen anda. Hanya bil atau penyata bank (halaman penuh) atas nama anda diterima, baca keperluan lanjut di sini.
Langkah 5: Persetujuan Laporan Kredit (Credit Report Consent)
Sila ketik 'More information here' untuk memuat turun dan membaca Borang Persetujuan sebelum anda menanda kotak yang disediakan dan ketik 'Next'.
- Borang Persetujuan
Langkah 6: Pengesahan Nombor Telefon
- Sila masukkan nombor telefon mudah alih anda dalam kotak yang disediakan, dan klik butang 'Send OTP' untuk menerima kata laluan satu kali (one-time password).
- Setelah menerima OTP anda melalui SMS, sila masukkan kod OTP dan tekan 'Next' .
- Anda akan mendapat pemberitahuan lain jika OTP anda betul. Nombor telefon mudah alih anda kini disahkan.
Sila tekan 'Complete verification' untuk menyerahkan permohonan anda.
Dan anda sudah selesai!
Kini, anda akan dapat menyemak halaman Pasaran (Market) sementara akaun anda masih dalam proses semakan. Akaun anda akan disahkan dalam masa 3 hari bekerja. Anda akan dimaklumkan melalui e-mel selepas pengesahan berjaya. Jangan lupa untuk menyemak folder Spam anda juga!