Langkah 1: Buka aplikasi Tokenize.
Langkah 2: Log masuk ke akaun Tokenize anda.
Langkah 3: Pilih 'Wallet' di bahagian bawah skrin. Kemudian, pilih 'Fiat (MYR)'.
Langkah 4: Pilih 'Malaysian ringgit'
Langkah 5: Tekan butang 'Deposit'.
Langkah 6: Pilih 'Bank Transfer'.
Langkah 7: Tekan 'Bank Name' dan kemudian, 'Add bank account'.
Langkah 8: Pilih nama bank, isikan Nombor Akaun anda dan muat naik penyata bank.
Sila pastikan penyata bank yang dimuat naik mengandungi butiran-butiran di bawah:
- Kepala surat atau logo bank
- Nama bank seperti yang dipilih
- Nombor akaun seperti yang diisi
- Nama penuh anda
- Penyata bertarikh dalam tempoh 3 bulan terkini
Langkah 9: Tekan 'Add bank account' untuk melengkapkan proses.
Anda akan menerima pemberitahuan e-mel apabila akaun bank anda telah berjaya disahkan atau sama ada anda dikehendaki memuat naik semula penyata bank baharu, jika dokumen itu tidak sah. Selain daripada peti masuk e-mel anda, jangan lupa untuk melihat folder Spam anda juga!