Langkah 1: Buka aplikasi Tokenize anda.
Langkah 2: Log masuk ke akaun Tokenize anda.
Langkah 3: Pilih 'Market' di bahagian bawah skrin.
Langkah 4: Pilih aset digital pilihan anda.
Langkah 5: Klik 'Buy'.
Langkah 6: Tentukan jenis pesanan anda dengan memilih di menu lungsur turun (dropdown).
- Pilih tab 'Limit (Had)' jika anda ingin membeli aset digital pada nilai pasaran (di bawah/sama/di atas).
- Pilih sama ada untuk membeli pada harga Tanya Terendah, pada harga Pasaran Terakhir atau pada harga Bida Tertinggi, atau masukkan harga yang anda kehendaki sendiri (di bawah pasaran/di pasaran/atas pasaran).
- Masukkan jumlah aset digital atau jumlah MYR mengikut keutamaan anda.
- Pilih tab 'Market (Pasaran)' jika keutamaan anda ialah amaun berbanding harga.
- Masukkan jumlah aset digital yang ingin anda beli.
Langkah 7: Setelah selesai, klik 'Buy BTC'.
Langkah 8: Sahkan pesanan anda.
Anda akan melihat pop-up pengesahan. Semak semua butiran. Klik 'Submit' untuk meneruskan atau 'Batal' untuk membatalkan transaksi.
Pesanan Had Belian (Limit Buy):
Pesanan Pasaran Belian (Market Buy):
Langkah 9: Anda akan menerima e-mel notifikasi yang memaklumkan anda bahawa pesanan anda telah dibuat. Jika anda menerima notifikasi namun anda bukan orang yang membuat pesanan, sila hubungi kami di support@tokenizemalaysia.zendesk.com.
Anda juga boleh menyemak sejarah pesanan anda dengan pergi ke halaman 'Market" > klik ikon kertas > pilih penapis sama ada mengikut status, pasangan, sisi atau tempoh masa > lihat pesanan anda