Pengeluaran aset digital adalah mengeluarkan atau memindahkan aset anda dari dompet Tokenize ke dompet kripto yang lain.
Catatan:
- Pengesahan Dua Faktor (2FA) diperlukan untuk melakukan pengeluaran aset digital.
- Yuran pemprosesan ialah 0.1% daripada jumlah aset digital.
- Pengeluaran aset digital disaring oleh sistem pemantauan untuk mematuhi peraturan pematuhan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan proses ini mungkin akan mengambil masa sehingga 24 jam.
- Proses pengeluaran juga bergantung pada masa pemprosesan blockchain.
Langkah 1: Buka aplikasi Tokenize.
Langkah 2: Log masuk ke akaun Tokenize anda.
Langkah 3: Pilih 'Wallet' di bahagian bawah skrin.
Langkah 4 : Pilih tab 'Crypto'. Kemudian, pilih aset digital pilihan anda.
Langkah 5: Pilih tab 'Withdraw' .
Langkah 6: Masukkan butiran pengeluaran:
Alamat |
Destinasi deposit yang terdiri daripada gabungan huruf dan nombor. Ia berfungsi seperti nombor akaun bank. Contoh: 0xEr1aBCd23Efg4hI56jkLMnO0p |
Tag destinasi |
Terdiri daripada nombor sahaja ( untuk Ripple (XRP) sahaja) Contoh: 1122334455 atau 1234 |
Amaun | Jumlah pengeluaran aset digital termasuk caj pengeluaran. |
VASP benefisiari | Nama Pembekal Perkhidmatan Aset Maya (VASP) penerima. Tokenize Malaysia ialah contoh VASP. Baca lebih lanjut di sini. |
Nama benefisiari | Nama penuh penerima (individu/syarikat/entiti sah) |
Pindahan dalaman | Tanda kotak ini jika anda membuat pengeluaran ke dompet Tokenize yang lain di mana anda boleh menikmati yuran pengeluaran sifar. |
Langkah 7: Semak peti masuk e-mel anda untuk e-mel pengesahan pengeluaran. Sebaik sahaja anda mengesahkan pengeluaran, anda perlu memasukkan kod 2FA yang boleh didapati daripada aplikasi Google Authenticator.
Langkah 8: Selepas anda transaksi disahkan, e-mel lain akan dihantar kepada anda seperti yang ditunjukkan di bawah.
Langkah 9: Untuk melihat sejarah pengeluaran aset digital anda, pergi ke 'Wallet' > pilih 'Crypto' > pilih aset digital pilihan anda.
Confirm: Pengeluaran anda telah berjaya.
Pending: Anda masih belum mengesahkan pengeluaran melalui e-mel pengesahan yang dihantar kepada anda.
In-transit: Pengeluaran anda telah disahkan dan sedang diproses. Pengguna harus maklum bahawa pengeluaran aset kripto bergantung pada masa pemprosesan 'blockchain' dan mungkin mengambil masa sehingga 24 jam.
Cancel: Pengeluaran anda telah dibatalkan.
Sila sahkan dan pastikan alamat penerima adalah betul. Kami TIDAK AKAN membayar balik pengeluaran yang salah. JANGAN keluarkan terus ke dalam crowdfund atau ICO.