Anda diingatkan untuk melakukan deposit hanya daripada akaun bank kepunyaan anda sendiri.
Langkah 1: Buka aplikasi Tokenize dan log masuk ke akaun anda.
Langkah 2 : Pilih 'Wallet' di bahagian bawah skrin. Kemudian, pilih 'Fiat (MYR)'.
Langkah 3: Pilih 'Malaysian ringgit'.
Langkah 4: Pilih 'Deposit'.
Langkah 5: Pilih kaedah 'eGHL Pay/FPX (Instant)'.
Langkah 6: Anda diingatkan untuk hanya mendeposit daripada akaun bank anda sendiri. Jika anda melakukan deposit daripada akaun bank kepunyaan pihak lain, Tokenize akan memulangkan wang tersebut dan RM50 akan ditolak sebagai yuran pentadbiran bagi pelaksanaan proses pemulangan tersebut. Tandakan kotak yang disediakan untuk bersetuju.
Langkah 7: Masukkan jumlah yang anda ingin deposit. Untuk makluman anda, jumlah deposit minimum ialah RM100 dan jumlah deposit harian maksimum ialah RM100,000.
- Deposit yang dibuat melalui pindahan bank dan eGHL Pay berkongsi had deposit harian yang sama iaitu sebanyak RM100,000 dan akan dipaparkan di kaunter 'Remaining Deposit Limit'.
- Jumlah maksimum setiap transaksi yang mungkin ialah RM30,000. Jika anda perlu mendeposit amaun yang lebih banyak, sila lakukan dalam beberapa kelompok.
- Bank anda juga mungkin meletakkan had bagi setiap transaksi atau had harian yang anda mungkin perlu ambil maklum.
Langkah 8: Anda akan dibawa ke Secure Payment Page untuk melengkapkan deposit. Pilih bank pilihan anda dengan mengklik pada logo bank. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya mempunyai 5 minit untuk menyelesaikan transaksi deposit anda.
- Untuk membatalkan transaksi, anda boleh menekan 'Cancel and Return to TOKENIZE MALAYSIA' di bahagian bawah halaman.
- Alternatif lain adalah dengan keluar dari halaman pembayaran eGHL dan buka halaman 'Wallet' > pilih 'Fiat' > tekan 'Deposit' > pilih transaksi yang anda ingin batalkan > tekan 'Cancel'
Langkah 9: Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman perbankan dalam talian bank (online banking website) anda. Sila log masuk dan ikut arahan yang tertera pada skrin untuk melengkapkan transaksi anda.
Setelah selesai, anda akan dapat melihat dana tersebut dalam dompet fiat Tokenize anda.