Deposit aset digital adalah memindahkan aset daripada dompet kripto lain ke dalam dompet Tokenize anda. Untuk memasukkan aset digital ke dalam dompet Tokenize anda, alamat dompet diperlukan. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan alamat dompet aset digital anda.
Langkah 1: Buka aplikasi Tokenize anda.
Langkah 2: Log masuk ke akaun anda.
Langkah 3: Pilih tab 'Dompet'.
Langkah 4: Pilih 'Kripto'.
Langkah 5: Pilih aset digital pilihan anda.
Langkah 6: Tekan butang 'Deposit'.
Langkah 7: Alamat deposit akan muncul. Anda boleh menyalin alamat atau mengimbas Kod QR untuk memindahkan aset digital daripada dompet luaran ke dalam dompet Tokenize anda.
Alamat |
Terdiri daripada gabungan huruf dan nombor yang berfungsi seperti nombor akaun bank. contoh: 392MsaAaTJzeAF4KrBuaPkBUGkyFX |
Teg destinasi |
Hanya terdiri daripada nombor ( terpakai untuk Ripple (XRP) sahaja) contoh: 1122334455 atau 1234 |
Rangkaian |
|
Untuk pemindahan Ethereum (ETH) dan Uniswap (UNI), Tokenize hanya menyokong rangkaian ERC-20. Sila elakkan daripada memilih BSC, BEP2, BEP20 atau rangkaian lain apabila memindahkan aset digital anda untuk mengelakkan jumlah kerugian amaun yang didepositkan. Tokenize tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian anda.
Langkah 8: Hantar aset digital ke alamat Dompet Tokenize anda.
Penting sekali untuk memasukkan alamat dan matawang kripto yang betul ke dalam alamat dompet yang dipilih.
- Pemindahan ke alamat yang salah atau jenis matawang kripto yang berbeza akan mengakibatkan jumlah kerugian amaun yang dipindahkan. Tokenize tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian anda.
- Dalam kes teg destinasi yang salah (untuk XRP), Tokenize mungkin dapat membantu mendapatkan semula jumlah deposit anda namun, yuran minimum RM200 akan dikenakan sebagai yuran pentadbiran.