Bermula dari 14 Jun 2021, 6% Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) akan dikenakan ke atas yuran perdagangan di Tokenize Xchange Malaysia.
Ini adalah selaras dengan Peraturan Cukai Perkhidmatan (Perkhidmatan Digital)(2020) dan Pindaan (Pindaan 2/2020) — Peraturan Cukai Perkhidmatan (Perkhidmatan Digital)(2020).
Sila rujuk maklumat di bawah untuk memahami apa itu SST dan bagaimana ia akan berkait dengan aktiviti jual beli anda di Tokenize Xchange Malaysia.
1. Apakah itu SST?
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terdiri daripada cukai jualan dan perkhidmatan.
- Cukai Jualan ialah cukai tunggal yang dikenakan ke atas semua barang bercukai yang dikilang dan dijual, digunakan, atau dilupuskan oleh pengilang berdaftar di Malaysia atau diimport ke Malaysia.
- Cukai Perkhidmatan ialah cukai tunggal yang dikenakan ke atas mana-mana perkhidmatan bercukai yang disediakan di Malaysia oleh orang berdaftar dalam menjalankan perniagaan.
2. Apakah kadar SST semasa?
Untuk Cukai Perkhidmatan: Kadar am 6%
3. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang SST di Malaysia?
Sila rujuk laman web rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di https://mysst.customs.gov.my/ untuk maklumat, perundangan dan garis panduan berkaitan SST.
4. Bagaimanakah saya akan terkesan oleh pengenalan SST ini?
Yuran perdagangan yang dibayar oleh anda dikenakan caj tambahan sebanyak 6%.
5. Bolehkah anda berikan contoh?
Peniaga A ingin membuat pesanan Beli bernilai RM10,000.00. Pesanan beliau akan dikenakan bayaran sebanyak 0.8% iaitu bersamaan dengan RM80.00. Caj SST 6% akan dikenakan ke atas yuran perdagangan, iaitu RM4.80. Ini menjadikan jumlah perlu dibayar kepada RM10,000.00 + RM80.00 + RM4.80 = RM10,084.80.
Jika Pesanan diisi sebagai 'Maker', hanya 0.1% yuran perdagangan (+ 6% SST) akan dikenakan dan baki 0.7% akan segera dikembalikan semula ke dalam akaunnya. Contohnya boleh didapati di sini.
Item | % | MYR |
Amaun Beli | 10,000 | |
(+) Yuran perdagangan | 0.8 | 80.00 |
(+) SST | 6 | 4.80 |
Jumlah | 10,084.80 |
Peniaga B ingin membuat pesanan Jual bernilai RM10,000.00. Pesanan beliau akan dikenakan bayaran sebanyak 0.8% iaitu bersamaan dengan RM80.00. Caj SST 6% akan dikenakan ke atas yuran perdagangan, iaitu RM4.80. Ini menjadikan jumlah belum terima kepada RM10,000.00 — RM80.00 — RM4.80 = RM9,915.20.
Jika Pesanan diisi sebagai 'Maker', hanya 0.1% yuran perdagangan dan SST (+ 6% SST) akan dikenakan dan baki 0.7% akan segera dikembalikan semula ke dalam akaunnya. Contohnya boleh didapati di sini.
Item | % | MYR |
Amaun Jual | 10,000 | |
(-) Yuran perdagangan | 0.8 | 80.00 |
(-) SST | 6 | 4.80 |
Jumlah | 9,915.20 |
6. Saya masih tidak pasti dan ingin bertanya lebih lanjut.
E-melkan kami soalan atau pertanyaan anda ke: support@tokenizemalaysia.zendesk.com