Fiat
Dompet Tokenize anda boleh didapati dengan mengklik 'Dompet' > 'Aset Saya' . Di aplikasi mudah alih, ia berada di tab 'Dompet'. Jika akaun anda masih belum disahkan, anda tidak dapat mengakses dompet anda sehinggalah akaun anda disahkan.
Ya, anda boleh menambah sehingga 10 akaun bank tempatan anda.
Ya. Walau bagaimanapun, dokumen sokongan diperlukan sama ada sijil kelahiran atau sijil perkahwinan. Pasukan Sokongan Pelanggan kami akan menghubungi anda melalui e-mel untuk meminta dokumen sokongan tersebut.
Pindahan segera akan mengambil masa 24 jam, manakala Pindahan Antara Bank (GIRO, IBG) mungkin mengambil masa tambahan 2-3 hari bekerja (bergantung pada masa pemprosesan bank). Deposit melalui eGHL Pay akan diproses serta-merta. Maklumat lanjut mengenai Masa Pemprosesan Deposit & Pengeluaran Fiat kami: https://tokenizemalaysia.zendesk.com/hc/en-us/articles/1500002759522-Fiat-Deposit-and-Withdrawal-Processing-Time
Tiada.
Jumlah minimum untuk deposit fiat ialah RM100 dan jumlah maksimum ialah RM100,000, setiap hari.
Jumlah minimum deposit fiat ialah RM100 dan jumlah maksimum ialah RM100,000 sehari. Permintaan kenaikan had tidak boleh dilakukan.
Tidak, had deposit dan pengeluaran fiat adalah sama bagi akaun individu dan korporat dan ia tidak boleh dinaikkan.
Tidak. Anda hanya boleh mendeposit wang menggunakan akaun bank anda sendiri dan bukan daripada akaun pihak ketiga. Deposit yang bukan berasal daripada akaun bank anda akan dikembalikan di mana anda akan dikenakan yuran pentadbiran sebanyak RM50. Ia juga mungkin mengambil masa sehingga 14 hari perniagaan untuk diproses.
Untuk kami mengenal pasti deposit anda dan memastikan kelancaran proses pengkreditkan dana ke akaun anda.
Sila hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan kami di support@tokenizemalaysia.zendesk.com dan nyatakan kod rujukan dalam e-mel anda.
Tidak. Semua transaksi hanya melibatkan ringgit Malaysia (MYR).
Tidak. Buat masa ini, deposit hanya boleh dilakukan melalui pindahan wang melalui bank (bank transfer) dan eGHL Pay (FPX).
Jumlah minimum pengeluaran fiat ialah RM300 dan jumlah maksimum ialah RM100,000, setiap hari.
Pastikan anda membuat permintaan pengeluaran fiat sebelum masa cut off. Selain itu, berkuat kuasa 8 Ogos 2022, Tokenize Xchange melaksanakan polisi larangan deposit dan pengeluaran pada hari yang sama dan/atau serentak. Sebarang pengeluaran dana daripada Akaun anda yang berasal atau diperoleh daripada deposit dana dalam selang masa dua puluh empat (24) jam adalah dilarang sama sekali. Baca Perjanjian Perkhidmatan Pelanggan kami di sini.
Ini bermakna pasukan kami telah memproses permintaan pengeluaran anda. Bank akan memerlukan beberapa jam untuk memprosesnya, jadi anda akan menerima dana anda sama ada pada jam 8 malam atau 11 malam, bergantung pada masa anda membuat permintaan pengeluaran anda. Maklumat lanjut mengenai Masa Pemprosesan Deposit & Pengeluaran Fiat kami di sini.
Tidak. Anda hanya boleh mengeluarkan wang anda ke akaun bank anda yang telah disahkan oleh Tokenize.
Dana dan aset anda masih akan dilindungi. Kami mempunyai sistem sandaran yang tersedia dan aset digital anda dilindungi di bawah perlindungan insurans.
Aset digital
Untuk mendeposit aset digital ke dalam dompet Tokenize, anda memerlukan alamat dompet aset digital anda. Rujuk artikel ini untuk cara mendapatkan alamat dompet aset digital anda: https://support.tokenizemalaysia.com/hc/ms-my/articles/7417640305943-Laman-Web-Deposit-Aset-Digital
Hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan kami di support@tokenizemalaysia.zendesk.com. Pada masa yang sama, sila semak jika anda memilih rangkaian yang betul untuk deposit. Sebagai contoh, deposit ETH anda tidak berjaya kerana anda menggunakan rangkaian BSC, di mana Tokenize hanya menyokong rangkaian ERC20 untuk transaksi Ethereum.
Rujuk artikel ini: https://support.tokenizemalaysia.com/hc/ms-my/articles/7418298604311-Laman-Web-Pengeluaran-Aset-Digital
Pastikan anda telah mengaktifkan Pengesahan Dua-Faktor (2FA) sebelum membuat pengeluaran.
Bergantung pada jumlah pengeluaran, trafik rangkaian dan ketepatan maklumat yang diberikan - pengeluaran mungkin mengambil masa antara beberapa minit hingga beberapa jam. Jika pengeluaran masih belum selesai setelah lebih 24 jam, sila hantarkan tangkapan skrin menunjukkan semua butiran transaksi aset digital anda dan nyatakan ID Transaksi dalam bentuk teks kepada support@tokenizemalaysia.zendesk.com untuk semakan.
Ya. Yuran sebanyak 0.1% daripada unit pengeluaran atau unit minimum aset digital akan dikenakan, mana yang lebih tinggi. Anda juga boleh merujuk artikel ini mengenai Yuran dan Caj pengeluaran aset digital.
Ya. Anda hanya boleh melakukan pengeluaran apabila 2FA diaktifkan.
Bergantung pada jumlah pengeluaran, trafik rangkaian dan ketepatan maklumat yang diberikan - pengeluaran mungkin mengambil masa antara beberapa minit hingga beberapa jam. Jika pengeluaran masih belum selesai setelah lebih 24 jam, sila hantarkan tangkapan skrin menunjukkan semua butiran transaksi aset digital anda dan ID Transaksi dalam bentuk teks kepada support@tokenizemalaysia.zendesk.com untuk semakan.
Tidak. Hanya wang fiat boleh dimasukkan ke dalam akaun bank. Oleh itu, anda mesti menjual aset digital anda terlebih dahulu. Setelah penjualan berjaya, wang daripada jualan aset digital tersebut boleh dikeluarkan ke dalam akaun bank anda.
Ya. Pastikan anda menandakan kotak pemindahan dalaman (internal transfer) ketika membuat pengeluaran.