Apakah Tokenize Xchange?
Tokenize Xchange ialah platform yang membolehkan pengguna untuk membeli dan menjual aset digital.
Mengapa pilih Tokenize Xchange?
Tokenize Xchange membolehkan anda untuk membeli dan menjual aset digital pada kadar yang paling kompetitif; yuran terendah di Malaysia.
Membeli dan menjual mata wang digital adalah mudah. Tidak seperti platform lain, platform kami adalah ringkas dan lebih mesra pengguna. Kami berusaha untuk menjadikan pengalaman perdagangan anda menyeronokkan dan intuitif.
Bagaimanakah Tokenize Xchange berfungsi?
Tokenize Xchange memadankan Pesanan Pengambil (Taker Order) dengan Pesanan Pembuat Terbuka (Open Maker Orders) di Buku Pesanan (Order Book) berdasarkan Keutamaan Masa Harga (Price Time Priority).
Bilakah Tokenize Malaysia pertama kali beroperasi?
Tokenize Xchange Malaysia mula beroperasi kepada umum pada awal April 2020 selepas mendapat kelulusan penuh daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Apakah ciri-ciri Tokenize Xchange?
Tokenize Xchange mempunyai senarai ciri yang luas dan senarai itu sentiasa berkembang.
✅ Dagangan Dioptimumkan
Padanan dengan harga beli dan jual terbaik
Pesanan Had (Limit Order) bagi Beli dan Jual, oleh itu pemantauan minimum diperlukan
Pesanan Had (Limit Order): Baik sehingga dibatalkan (good till cancelled)
Beratur dalam Buku Pesanan sehingga Pesanan anda dipenuhi
Pesanan Pasaran bagi Beli dan Jual, pesanan anda akan dipenuhi pada Harga Pasaran (Market Price) terbaik.
✅ Perdagangan Urus Niaga Berkelajuan Tinggi
Transaksi deposit dan pengeluaran segera berbanding platform lain yang mengambil masa dari 5 – 30 minit.
✅ Buku Pesanan
Lihat semua pesanan yang dibuat untuk Tawaran (beli atau bid) dan Tanya (jual atau ask).
✅ Dompet
Membolehkan pengguna mendeposit atau mengeluarkan aset digital mereka.
✅ Pengurusan Pesanan
Menjejaki semua pesanan yang belum selesai dan telah selesai.
✅ Market
Memaparkan semua tawaran di pasaran.
Sejauh manakah Tokenize Xchange terjamin dan dikawal?
Keselamatan adalah keutamaan kami. Kami mengguna pakai beberapa lapisan peningkatan keselamatan untuk mengurangkan risiko platform kami daripada digodam atau disalahgunakan. Kami bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan teknologi dan pematuhan yang bereputasi tinggi untuk menambah tahap keselamatan platform kami.
Kami juga melaksanakan Pengesahan Identiti untuk semua pengguna sebelum mereka boleh mula berdagang di Tokenize Xchange. Ini adalah untuk mematuhi peraturan sedia ada Know-Your-Customer (KYC), Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CTF) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).