Terdapat beberapa sebab anda tidak dapat log masuk ke akaun anda:
1. Log masuk dengan alamat e-mel yang berbeza. Pastikan anda log masuk menggunakan e-mel yang digunakan untuk mendaftar akaun Tokenize.
2. Terlupa kata laluan. Anda boleh menetapkan semula kata laluan anda dengan mengikuti langkah dalam panduan ini.
3. Log masuk dari alamat IP yang berbeza. Anda masih boleh log masuk dengan mengikuti langkah-langkah dalam panduan ini.
4. Akaun anda dilumpuhkan. Sila hubungi kami untuk mengaktifkan akaun anda semula.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda ikuti:
- Tukar kata laluan setiap 3 bulan.
- Panjang kata laluan sekurang-kurangnya 8 aksara.
- Gunakan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan aksara khas.
- Dayakan pengesahan dua faktor (2FA).
- Sekat semua alamat IP yang tidak dibenarkan.
Pengesahan Dua Faktor (2FA) adalah lapisan keselamatan tambahan yang bertujuan untuk mengesahkan identiti anda sebelum log masuk. Tokenize Xchange sangat menggalakkan pengguna untuk membolehkan 2FA bagi memastikan akaun anda kekal dilindungi. Anda boleh merujuk kepada panduan ini untuk mengaktifkan 2FA.
Anda boleh menyimpan tangkapan skrin kod QR, menyalin dan menampal (copy and paste), atau mencatat Kunci Rahsia anda dan menyimpannya di tempat yang selamat.
Buka aplikasi Google Authenticator. Kemudian cari kod 6 digit di bawah gandingan akaun Tokenize anda. Masukkan kod tersebut di halaman log masuk akaun Tokenize anda. Setiap kod hanya sah selama 30 saat sahaja.
Untuk situasi sedemikian, Tokenize perlu menetapkan semula 2FA untuk akaun anda kerana aplikasi Google Authenticator telah dinyahpasang menyebabkan kehilangan gandingan akaun Tokenize dalam aplikasi tersebut. E-melkan kami gambar Kad Pengenalan Diri anda (depan dan belakang) dan ambil swafoto sambil memegang Kad Pengenalan Diri anda dan sehelai kertas bertulis 'Tokenize, Reset 2FA, tarikh hari ini dd/mm/yyyy' ke e-mel support@tokenizemalaysia.zendesk .com . Rujuk di sini untuk maklumat lanjut.
Buka aplikasi Google Authenticator pada peranti anda. Kemudian, imbas kod QR atau masukkan Kunci Rahsia yang disimpan. Kod 6 digit akan dijana untuk akaun Tokenize anda. Anda juga boleh merujuk kepada langkah-langkah di sini .
Pengguna wajib menghubungi kami menggunakan alamat e-mel yang digunakan semasa pendaftaran. Kami hanya dapat membantu pengguna yang menghubungi kami melalui alamat e-mel berdaftar mereka bagi melindungi privasi data pengguna kami.
Keselamatan adalah keutamaan kami. Kami telah melaksanakan beberapa lapisan peningkatan keselamatan untuk mengurangkan risiko platform kami digodam atau disalahgunakan. Kami bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan teknologi dan pematuhan yang bereputasi untuk meningkatkan tahap keselamatan platform kami. Kami juga melakukan pengesahan identiti pada semua pengguna sebelum mereka boleh mula berdagang di Tokenize Xchange. Ini adalah untuk mematuhi peraturan sedia ada iaitu Know-Your-Customer (KYC), Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Melawan Pembiayaan Keganasan (AML/CTF) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Kami beri jaminan bahawa wang anda selamat bersama kami dan tidak akan digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang. Kami mempunyai pelan kontingensi untuk memastikan semua pengguna akan dapat mengeluarkan deposit mereka dengan selamat sekiranya berlaku penyekatan yang tidak dapat dielakkan terhadap akaun bank kami.
Jabatan Pematuhan kami akan mengkaji laporan yang dikeluarkan oleh Experian mengenai status bankrap anda. Sebarang keputusan anda ditetapkan oleh lembaga pengarah syarikat dan anda akan dimaklumkan oleh pasukan kami melalui e-mel.
Maklumkan permintaan anda kepada Pasukan Sokongan Pelanggan kami di support@tokenizemalaysia.zendesk.com .