Daftar akaun di https://tokenizemalaysia.com/register/input . Rujuk panduan langkah demi langkah di sini.
Anda boleh mendaftar dengan Tokenize sekiranya anda adalah:
- Warganegara Malaysia atau P emastautin Tetap atau warganegara lain yang tinggal di Malaysia
- Mempunyai akaun bank tempatan
Kata laluan anda mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara dan 1 huruf kecil, 1 huruf besar, 1 nombor dan 1 aksara khas.
Malangnya, kami tidak dapat menyenaraikan semua negara kerana sekatan yang ditetapkan oleh garis panduan antarabangsa. Kami akan menambah lebih banyak negara pada masa akan datang, jadi sila nantikan sebarang makluman daripada kami atau berhubung terus dengan Pasukan Sokongan Pelanggan kami di support@tokenizemalaysia.zendesk.com.
Rakyat Malaysia dikehendaki untuk memuat naik Kad Pengenalan Diri (depan dan belakang) untuk proses Pengesahan Identiti. Pasport hanya diterima untuk warganegara lain.
Hanya rakyat Malaysia dan warga asing yang sedang menetap di Malaysia layak untuk mendaftar. Pengguna antarabangsa termasuk warga Singapura yang menetap di luar negara tidak akan didaftarkan dan akan dibimbing untuk mencipta akaun dengan Tokenize Xchange International .
Tidak, anda perlu mendaftar menggunakan pasport anda.
Malangnya, kami tidak dapat mengesahkan pengguna yang tidak melengkapkan proses Pengesahan Identiti. Ini adalah untuk mematuhi peraturan sedia ada iaitu Know-Your-Customer (KYC), Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Counter Terrorism Financing (AML/CTF) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Selepas mengklik 'Aktifkan Akaun', anda akan dibawa ke halaman Pengesahan Identiti di laman web kami. Langkah pertama dalam proses pengesahan hendaklah memuat naik Kad Pengenalan Diri anda (depan dan belakang) dan swafoto, kemudian mengisi Maklumat Peribadi anda, diikuti dengan memuat naik Bukti Alamat anda, memberikan Persetujuan Laporan Kredit dan melakukan pengesahan nombor telefon. Lihat di sini untuk langkah-langkahnya .
Semak peti masuk e-mel anda dengan teliti termasuk folder Sampah/Spam. Jika anda masih tidak menemui e-mel tersebut, sila taip ' support@tokenizemalaysia.zendesk.com ' dalam kotak carian e-mel anda. Jika masih tiada, log masuk ke akaun anda di laman web kami dan e-mel pengaktifan baharu akan dihantar kepada anda.
Pastikan langkah pertama dalam proses Pengesahan Identiti anda adalah memuat naik NRIC/pasport dan swafoto anda, diikuti dengan mengisi maklumat asas, memuat naik Bukti Alamat dan melakukan pengesahan nombor telefon. Jika anda masih menghadapi kesukaran untuk memuat naik IC atau pasport anda, sila kosongkan cache pelayar internet anda dan cuba memuat naik Kad Pengenalan Diri dan swafoto anda sekali lagi. Anda juga disyorkan untuk menggunakan pelayar Google Chrome.
Ya, alamat anda mestilah sama dengan alamat yang dinyatakan dalam profil anda dan tidak semestinya sama dengan alamat yang tertera pada Kad Pengenalan Diri anda.
Sila pastikan bahawa dokumen Bukti Alamat anda bersaiz tidak melebihi 10 MB. Jika anda tidak dapat memuat naik fail tersebut ke profil anda, sila e-melkan dokumen tersebut ke support@tokenizemalaysia.zendesk.com
Sila semak sama ada Bukti Alamat Tempat Tinggal anda memaparkan nama dan alamat anda seperti yang dinyatakan dalam profil anda dan bertarikh dalam tempoh 3 bulan yang lalu. Jenis dokumen selain daripada bil utiliti, penyata bank, bil kabel atau telefon bimbit tidak akan diterima.
Pastikan anda telah memasukkan nombor telefon bimbit yang betul, semasa dan masih aktif. Jika anda tidak menerima kod OTP atau anda secara tidak sengaja memasukkan nombor mudah alih yang salah, cuma klik 'Kembali' atau 'Hantar Semula' dan anda akan diminta untuk memasukkan nombor anda sekali lagi.
Identiti pengguna mesti disahkan sebelum anda boleh mula berdagang di Tokenize Xchange. Ini adalah untuk mematuhi peraturan sedia ada iaitu Know-Your-Customer (KYC), Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Melawan Pembiayaan Keganasan (AML/CTF) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) . Rujuk panduan di sini untuk melengkapkan proses pengesahan.
Proses pengesahan mungkin mengambil masa sehingga 3 hari bekerja, bergantung pada ketepatan informasi dan dokumen yang dihantar.
Hantarkan e-mel kepada kami ke support@tokenizemalaysia.zendesk.com dan sertakan maklumat di bawah:
- Nombor telefon lama dan baharu
- Gambar Kad Pengenalan Diri anda (depan dan belakang)
- Selfie anda memegang Kad Pengenalan dan kertas bertulis dengan 'Tokenize, Tukar Nombor Telefon, tarikh hari ini dd/mm/yyyy'
Selepas anda dimaklumkan bahawa nombor telefon anda telah ditukar, sila lakukan pengesahan OTP dengan pergi ke 'Tetapan' dan memilih 'Pengesahan Mudah Alih'.
Hantarkan e-mel kepada kami di support@tokenizemalaysia.zendesk.com dan nyatakan maklumat yang inigin dikemas kini. Jika anda ingin menukar alamat anda, sila lampirkan dokumen Bukti Alamat Tempat Tinggal baharu bersama e-mel tersebut.
Hantarkan e-mel kepada kami di support@tokenizemalaysia.zendesk.com dengan menyatakan alamat lama dan baharu anda bersama-sama dengan dokumen Bukti Alamat Tempat Tinggal baharu. Atas faktor keselamatan dan privasi, anda wajib menggunakan e-mel yang berdaftar dengan Tokenize untuk menghubungi Pasukan Sokongan Pelanggan kami.
Jika anda mendaftar menggunakan pautan rujukan (referral link) seseorang, anda dan pengguna tersebut akan menerima 15 Mata Tokenize (bernilai RM15) setiap seorang. Begitu juga sebaliknya. Namun, syaratnya adalah akaun kedua-duanya telah disahkan sepenuhnya. Maklumat lanjut di sini.