Sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan kami untuk menyediakan pengalaman perdagangan yang memuaskan di Tokenize Malaysia, kami telah melancarkan Program Rebat Tokenize di mana Pelabur Teratas di platform kami yang memenuhi kriteria-kriteria khusus akan menerima rebat yuran perdagangan untuk jumlah perdagangan terkumpul pada setiap bulan.
Kriteria
Program ini bermula dengan semua aktiviti perdagangan yang direkodkan dari awal bulan dengan kriteria berikut:
- Berdagang lebih daripada MYR 1 juta sebulan untuk mendapat 80% Rebat Yuran Perdagangan
- Berdagang lebih daripada MYR 2 juta sebulan untuk mendapat 85% Rebat Yuran Perdagangan
- Berdagang lebih daripada MYR 3 juta sebulan untuk mendapat 90% Rebat Yuran Perdagangan
Mengenai Rebat
Rebat akan diberikan dalam bentuk Mata Tokenize (Tokenize Point) yang boleh digunakan untuk membeli aset digital di Tokenize Malaysia. Ketahui cara menggunakan Mata Tokenize di sini.
Bagaimana dan bila saya akan dimaklumkan jika dipilih sebagai Pelabur Teratas?
Anda akan dimaklumkan melalui e-mel jika anda telah dipilih sebagai salah seorang Pelabur Teratas untuk bulan tertentu pada minggu ke-2 bulan berikutnya. Dalam e-mel itu juga, anda akan dimaklumkan tentang jumlah rebat yang anda terima.
Bilakah jumlah rebat akan dikreditkan ke dalam akaun Tokenize saya?
Pada hari yang sama anda menerima e-mel pemberitahuan tentang pemilihan anda sebagai Pelabur Teratas. Sebaik sahaja anda mendapat e-mel tersebut, jumlah rebat dalam Mata Tokenize sepatutnya telah dikreditkan ke akaun Tokenize anda.
Adakah terdapat tarikh luput untuk Mata Tokenize?
Mata Tokenize sah selama 1 tahun dari tarikh ia dikreditkan.
Mari berdagang lebih banyak untuk mendapatkan rebat yang lebih eksklusif dan menarik di Tokenize Malaysia!
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Program Rebat Tokenize, sila hubungi pasukan Sokongan Pelanggan Tokenize Malaysia di support@tokenizemalaysia.zendesk.com.