Bukti Alamat
Bukti alamat atau proof of address (POA) ialah dokumen yang mengesahkan alamat kediaman anda. Untuk dokumen POA diterima, ia mestilah memaparkan maklumat di bawah:
- Nama penuh seperti NRIC/pasport
- Alamat kediaman
- Tarikh dokumen dikeluarkan
- Nama dan logo pengeluar (syarikat/organisasi)
Jenis dokumen POA yang boleh diterima
- Penyata bank
- Bil utiliti (internet, elektrik, air, pembetungan, dll)
- Bil kabel (Astro, dll)
- Bil telefon (Celcom, Digi, Maxis, UMobile, dll)
Ciri-ciri POA yang sah
Nama dan alamat | Nama dan alamat anda pada bil mestilah sepadan dengan butiran yang dimasukkan semasa mendaftar Akaun Tokenize anda. |
Tarikh |
Tidak melebihi 3 bulan dari tarikh semasa. cth: Penyerahan POA ialah 7 hb April 2021. POA yang diterima mestilah bertarikh antara 7 hb Januari hingga 7 hb April 2021 sahaja. |
Lain-lain | Dokumen yang dimuat naik mestilah menunjukkan halaman penuh, jelas dan berwarna. |
Bagaimana untuk menghantar semula POA
Anda dimaklumkan bahawa dokumen POA anda tidak sah? Hantarkan POA baharu anda kepada kami dengan menghantarkan e-mel ke support@tokenizemalaysia.zendesk.com