Senarai Putih IP (IP whitelist) adalah ciri keselamatan yang bertujuan untuk mengehadkan & mengawal akses kepada akaun Tokenize anda hanya kepada pengguna atau peranti yang dipercayai. Menambah alamat IP pada senarai putih bermakna anda hanya boleh membuat pesanan atau mengeluarkan dana daripada alamat yang disahkan.
Pengesahan 2-Faktor (2FA) mesti didayakan untuk menambah atau mengalih keluar alamat IP daripada senarai.
Langkah 1: Pilih 'Account' di bahagian bawah, kanan skrin.
Langkah 2: Pilih 'IP Whitelist'.
Langkah 3: Tambah Alamat IP anda dalam medan yang disediakan. Kemudian, masukkan kod pengesahan yang dijana oleh aplikasi Google Authenticator. Setelah selesai, ketik 'Add IP address'.
Selepas proses penambahan selesai, alamat IP anda akan dipaparkan dalam senarai dengan status disahkan (verified).
Jika terdapat sebarang log masuk daripada alamat IP yang tidak didaftarkan dalam senarai, anda akan menerima e-mel yang memberitahu percubaan log masuk tersebut. Jika log masuk itu adalah aktiviti anda sendiri, tiada tindakan diperlukan selain menambah alamat IP baharu dengan mengikut langkah di atas.
Walau bagaimanapun, jika anda mengesyaki seseorang cuba menceroboh akaun anda, anda boleh memilih untuk melumpuhkan akaun anda melalui e-mel yang dihantar kepada anda dan anda dinasihatkan untuk menghubungi Pasukan Sokongan Pelanggan kami dengan segera.