Jika anda membuat deposit fiat melalui Pindahan Bank (Bank Transfer), namun status transaksi anda masih belum selesai atau 'Pending', ini bermakna anda hanya membuat permintaan deposit (deposit request) di Tokenize dan tidak membuat pemindahan dana di laman web perbankan dalam talian anda.
Sekiranya anda tidak mahu melengkapkan transaksi deposit yang belum selesai tersebut, anda boleh memilih untuk membatalkannya.
Langkah 1: Selepas log masuk ke akaun anda, klik pada tab 'Dompet' di bahagian bawah halaman.
Langkah 2: Klik pada 'Fiat (MYR)'.
Langkah 3: Klik pada 'Malaysian Ringgit'.
Langkah 4: Senarai Sejarah Transaksi Fiat anda akan dipaparkan. Pilih transaksi deposit yang belum selesai untuk dibatalkan.
Langkah 5: Tekan butang 'Batal'.
Langkah 6: Tekan 'Ya' untuk mengesahkan pembatalan transaksi deposit belum selesai anda.