Apakah Travel Rule?
'Travel Rule' pertama kali diperkenalkan oleh US Financial Crimes Enforcement Network (FinCEN) di bawah Akta Rahsia Bank (BSA) AS dan berkuat kuasa di AS pada 28 Mei 1996. Travel Rule memastikan perniagaan kripto seperti kami, Tokenize Malaysia, mengikuti peraturan dan sekatan.
Siapakah Financial Action Task Force (FATF), dan mengapa ia diperlukan?
Pasukan Financial Action Task Force (FATF) ialah badan bebas antara kerajaan yang membangunkan dan mempromosikan dasar mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan Counter-Terrorist Financing (CFT) untuk melindungi sistem kewangan dan ekonomi daripada ancaman pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Pada 2019, FATF melanjutkan Travel Rule kepada Pembekal Perkhidmatan Aset Maya (VASP), termasuk syarikat kripto.
VASP? Apakah itu?
Pembekal Perkhidmatan Aset Maya (VASP) memudahkan pembelian, penjualan, penyimpanan atau pemindahan aset digital bagi pihak pelanggan. Tokenize Malaysia ialah contoh VASP.
Bagaimanakah Travel Rule mempengaruhi anda?
Anda perlu memberikan butiran penerima apabila menghantar aset digital di Tokenize Malaysia. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk menghubungi penerima dengan selamat, seperti yang dikehendaki oleh Travel Rule. Semasa pemindahan, kami akan berkongsi arahan pembayaran dengan VASP yang lain, termasuk butiran penerima dan nama, alamat dan nombor pengenalan anda. Sila ambil perhatian bahawa perkongsian maklumat dilindungi oleh dasar privasi kami .
Apa yang perlu saya buat?
Pengesahan semasa Pengeluaran:
Semasa pengeluaran aset digital, Tokenize Malaysia akan meminta anda untuk mengesahkan perkara berikut:
- Alamat penerima, sama ada milik anda atau orang lain
- Nama VASP, sekiranya alamat itu dipegang oleh platform pertukaran mata wang kripto atau penyedia dompet kripto lain
- Nama penuh penerima
Menyediakan Maklumat Tepat:
Untuk memastikan transaksi berjalan lancar, anda mesti mendapatkan maklumat yang tepat terus daripada penerima, seperti:
- Nama penuh penerima individu
- Nama berdaftar penuh untuk syarikat atau entiti sah
- Tarikh lahir, dan negara tempat tinggal atau penubuhan syarikat dalam beberapa kes
Apakah perbezaan antara VASP dan Alamat Dompet Peribadi?
Alamat VASP:
Alamat VASP dipegang oleh platform pertukaran lain di bawah nama anda (atau nama penerima). Selain itu, platform pertukaran juga memegang kunci peribadi bagi pihak anda. Ini membolehkan perdagangan dan pengurusan aset digital lebih mudah.
Alamat Dompet Peribadi:
Alamat peribadi ialah dompet yang dicipta oleh anda dan kunci peribadi dipegang oleh anda sendiri. Contohnya termasuklah hardware wallet seperti Ledger Nano X. Dompet jenis ini memberi anda kawalan sepenuhnya ke atas aset digital anda dan selalunya dianggap lebih selamat daripada menggunakan VASP.
Sebagai pengendali pasaran diiktiraf yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, Tokenize Malaysia komited untuk mengekalkan piawaian tertinggi pematuhan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan Melawan Pembiayaan Keganasan (CFT). Ini termasuklah melaksanakan 'Travel Rule' seperti yang digariskan oleh pihak berkuasa untuk menyediakan pengalaman perdagangan yang selamat untuk pelanggan kami.
Walaupun perkara berkaitan pengawal seliaan boleh menjadi sukar, ia penting untuk menyediakan tempat yang selamat untuk anda membeli, menjual, mendeposit dan mengeluarkan aset digital anda. Di Tokenize Malaysia, kami berempati dengan cabaran pematuhan dan berdedikasi untuk memastikan pelanggan kami dimaklumkan tentang sebarang penguatkuasaan Travel Rule di platform pertukaran kami. Anda boleh menghubungi Sokongan Pelanggan kami untuk pertanyaan lanjut.