Anda mungkin telah memperoleh Tokenize Point daripada program rujukan kami atau dengan menyertai kempen kami, dan kini tidak pasti apa yang perlu dilakukan dengan points tersebut? Teruskan membaca untuk mengetahui cara anda boleh menggunakan Tokenize Point anda!
Untuk menghargai sokongan dan kesetiaan anda, Tokenize Point diberikan sebagai ganjaran bagi mereka yang menjemput rakan mereka untuk berdagang di Tokenize dan juga untuk peserta kempen kami! Cara untuk merujuk rakan dan mendapatkan 15 Tokenize Point (bernilai RM15): Cara Mengaktifkan dan Berkongsi Pautan Rujukan Anda
Tokenize Point boleh digunakan untuk berdagang di platform kami iaitu untuk membeli Aset Digital.
Langkah 1: Pergi ke halaman 'Wallet'.
Langkah 2: Untuk menggunakan points untuk membeli Aset Digital, klik pada 'Use Points for trading'. Jumlah baki Tokenize Point akan ditunjukkan di sebelah 'Jumlah Nilai (MYR)'. Dalam contoh ini, jumlah baki ialah 15 Points.
Setelah didayakan, Tokenize Point akan digunakan secara automatik apabila anda membeli aset digital.
Untuk makluman anda, ketika membeli Aset Digital, Tokenize Point akan ditolak dahulu dan diikuti dengan Baki Fiat (MYR) anda.
Jangan lupa juga untuk memperuntukkan 0.8% bagi yuran dagangan - anda kini telah sedia untuk membeli aset digital pertama anda. Selamat berdagang!